"Kenali Penyakit"

Khamis, 9 Februari 2012

Hernia atau dikenali sebagai angin pasang, uluran dan medu adalah penyakit dimana organ pesakit akan mengalami suatu benjolan tidak normal di bahagian perut, batu kemaluan, pangkal peha dan limpatan dalam lutut. Penyakit yang dinyata kebiasaannya dialami oleh kaum  lelaki tidak kira samada lelaki dewasa atau kanak- kanak dan tidak terkecuali pada kaum wanita. Antara tanda- tanda seseorang itu mengalami penyakit hernia/ angin pasang/ uluran/ medu adalah seperti berikut:

1. Muka pucat, lesu dan letih serta tidak bertenaga.

2. Tapak kaki sentiasa sejuk.

3. Kerap buang air kencing.

4. Perut memulas dan kembung.

5. Sakit di bahagian pinggang, bahu dan labu betis.

6. Hilang selera makan dan seksual. Kebiasaannya penyakit ini akan menyerang dari bahagian ulu hati,perut hingga ke bahagian peha.

Secara saintifiknya penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.

1. Hernia Inguinal.- Benjolan di bahagian perut dan ketidakselesaan pada alat kelamin lelaki.

2. Hernia Umbilikal. - Berbentuk benjolan disekeliling perut. Ia berlaku apabila otot di sekitar pusat tidak menutup sepenuhnya (kembung perut). Kebiasaannya di alami oleh kanak-kanak.

3. Hernia Hiatus. - Kebiasaannya berlaku di bahagian atas perut (ulu hati). Pesakit akan mengalami simpton-simpton seperti kembung perut & hilang selera makan. Biasa di alami oleh kaum lelaki & wanita.

4. Hernia Femoral.-Berbentuk benjolan di paha atas, betul-betul di bawah pangkal paha pesakit. Jenis ini adalah lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki.

Penyakit hernia/ angin pasang/ uluran/ medu boleh dirawati tanpa pembedahan. Ia boleh dirawat melalui kaedah urutan tradisional dan pengambilan herba tradisional.